Allahyarham Abdul Rahman

Kali terakhir jumpa adalah sebulan sebelum PKP, 15 Februari 2020 ketika menjemput beliau ke Majlis Apresiasi Kepimpinan Ulul Albab 2020 di Besut, Bumi Ulul Albab.

Awal pagi ini dikhabarkan beliau telah pergi mengadap Ilahi (menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.18 malam semalam, 11 Mei 2021). Pagi sahur yang suram di penghujung Ramadhan buat saya.

Siapa beliau sebenarnya? Jarang saya update pasal insan ini. Namun buat pengakhirannya saya ingin coretkan sesuatu buat insan mulia ini yang sangat-sangat saya kagumi dan hormati.

Kami pelajar-pelajar Imtiaz memanggilnya Sarjan. Ya, Allahyarham Abdul Rahman adalah askar pencen yang pernah bekerja sebagai Tukang Kebun di SM Imtiaz Besut, Terengganu. Walau itu kerjanya, kami di Imtiaz merupakan satu keluarga yang rapat. Kami satu keluarga. Tidak ada satu pun dalam kalangan kami membezakan antara pangkat,tugas atau kedudukan yang menjarakkan kami.

Memang betul… jarak, masa dan tugas-tugas harian masa kini membataskan hubungan ini. Namun, jika berjumpa…pastinya tidak akan ada sesiapa faham betapa ada satu ikatan yang istimewa di kalangan kami. Itulah kekuatan mereka yang membina asas untuk perjuangan Imtiaz. KAMI KELUARGA IMTIAZ YANG YAKIN DI AWAL PENUBUHAN.

Alhamdulillah…Saya dan rakan-rakan Imtiaz membesar dengan didikan insan-insan yang hebat. Bukan sahaja dari segi intelek, juga dari segi sahsiah dan perwatakan yang Allah SWT anugerahkan kepada kami Alumni Imtiaz untuk dijadikan panduan hidup. Saya amat kagum dengan Sarjan yang mempunyai anak-anak yang sangat hebat hasil didikannya di rumah. Begitu juga pengajaran yang dibawa Allahyarham ketika bersama kami dulu. Apa yang ingin saya kata, SARJAN TIDAK MENTARBIAH KAMI DENGAN KATA-KATA, TETAPI MELALUI PERWATAKAN, SIKAP, TANGGUNGJAWAB DAN PERSONALITI!!!

Terima kasih Sarjan kerana pernah menghiburkan kami.
Terima kasih Sarjan atas tunjuk ajar kepada kami.
Terima kasih Sarjan memberikan satu pengajaran hidup yang amat berguna buat kami.
Terima kasih Sarjan atas segalanya selama ini.

Pada bulan yang penuh barakah ini, saya mohon sahabat-sahabat saya turut mendoakan Allahyarham. Saya bersaksi bahawa sepanjang mengenali Arwah, insan ini sangat-sangat baik, berhati mulia dan ringan dalam memberikan segala jiwa dan raga, tenaga dan usahanya dalam membantu di jalan Allah SWT. Semoga segala kebaikan yang Allahyarham Sarjan Rahman telah lakukan sepanjang hayatnya menjadi asbab untuknya dihindarkan dari azab kubur, dilapangkan kuburnya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga syurga buatmu wahai guruku yang mulia. Saya sayang Sarjan kerana Allah SWT.

#SebutirMutiaraTelahHilang

Raja Azman Raja Kadir
Pengerusi KARIB

Share:

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Share:

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Projek Infaq KARIB

Alhamdulillah…60 Pek Makanan untuk #ProjekInfaqKARIB bagi Fasa 1 telah sampai ke Besut dan sebilangannya sudah diagihkan bermula hari ini di kawasan Hulu Besut dan Jabi.

Allahyarham Abdul Rahman

Kali terakhir jumpa adalah sebulan sebelum PKP, 15 Februari 2020 ketika menjemput beliau ke Majlis Apresiasi Kepimpinan Ulul Albab 2020 di Besut, Bumi Ulul Albab.

Hulu Besut bersama KARIB

KARIB – Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut diterajui oleh anak muda Cikgu Raja Azman. Sesungguhnya kami sedikit cemburu kerana kesedaran mereka dalam membantu dimiliki

Projek Darul Makmur

Projek Darul Makmur

Jom sama-sama menyumbang untuk membantu bersama #ProjectDarulMakmur bagi meringankan beban mereka yang terjejas banjir di Pahang baru-baru ini.Antara yang turut serta menyokong #ProjectDarulMakmur ialah Angkatan

Logo KARIB

Logo KARIB

Idea logo KARIB merujuk kepada beberapa aspek yang sedikit sebanyak menggambarkan apa yang ada pada Imtiaz itu sendiri. Bermula dengan warna ‘Maroon’ yang digunakan pada