Sarjan Imtiaz Dalam Kenangan

Allahyarham Abdul Rahman

Kali terakhir jumpa adalah sebulan sebelum PKP, 15 Februari 2020 ketika menjemput beliau ke Majlis Apresiasi Kepimpinan Ulul Albab 2020 di Besut, Bumi Ulul Albab.

Awal pagi ini dikhabarkan beliau telah pergi mengadap Ilahi (menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.18 malam semalam, 11 Mei 2021). Pagi sahur yang suram di penghujung Ramadhan buat saya.

Siapa beliau sebenarnya? Jarang saya update pasal insan ini. Namun buat pengakhirannya saya ingin coretkan sesuatu buat insan mulia ini yang sangat-sangat saya kagumi dan hormati.

Kami pelajar-pelajar Imtiaz memanggilnya Sarjan. Ya, Allahyarham Abdul Rahman adalah askar pencen yang pernah bekerja sebagai Tukang Kebun di SM Imtiaz Besut, Terengganu. Walau itu kerjanya, kami di Imtiaz merupakan satu keluarga yang rapat. Kami satu keluarga. Tidak ada satu pun dalam kalangan kami membezakan antara pangkat,tugas atau kedudukan yang menjarakkan kami.

Memang betul… jarak, masa dan tugas-tugas harian masa kini membataskan hubungan ini. Namun, jika berjumpa…pastinya tidak akan ada sesiapa faham betapa ada satu ikatan yang istimewa di kalangan kami. Itulah kekuatan mereka yang membina asas untuk perjuangan Imtiaz. KAMI KELUARGA IMTIAZ YANG YAKIN DI AWAL PENUBUHAN.

Alhamdulillah…Saya dan rakan-rakan Imtiaz membesar dengan didikan insan-insan yang hebat. Bukan sahaja dari segi intelek, juga dari segi sahsiah dan perwatakan yang Allah SWT anugerahkan kepada kami Alumni Imtiaz untuk dijadikan panduan hidup. Saya amat kagum dengan Sarjan yang mempunyai anak-anak yang sangat hebat hasil didikannya di rumah. Begitu juga pengajaran yang dibawa Allahyarham ketika bersama kami dulu. Apa yang ingin saya kata, SARJAN TIDAK MENTARBIAH KAMI DENGAN KATA-KATA, TETAPI MELALUI PERWATAKAN, SIKAP, TANGGUNGJAWAB DAN PERSONALITI!!!

Terima kasih Sarjan kerana pernah menghiburkan kami.
Terima kasih Sarjan atas tunjuk ajar kepada kami.
Terima kasih Sarjan memberikan satu pengajaran hidup yang amat berguna buat kami.
Terima kasih Sarjan atas segalanya selama ini.

Pada bulan yang penuh barakah ini, saya mohon sahabat-sahabat saya turut mendoakan Allahyarham. Saya bersaksi bahawa sepanjang mengenali Arwah, insan ini sangat-sangat baik, berhati mulia dan ringan dalam memberikan segala jiwa dan raga, tenaga dan usahanya dalam membantu di jalan Allah SWT. Semoga segala kebaikan yang Allahyarham Sarjan Rahman telah lakukan sepanjang hayatnya menjadi asbab untuknya dihindarkan dari azab kubur, dilapangkan kuburnya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga syurga buatmu wahai guruku yang mulia. Saya sayang Sarjan kerana Allah SWT.

#SebutirMutiaraTelahHilang

Raja Azman Raja Kadir
Pengerusi KARIB

Share:

WhatsApp
Facebook
Twitter

Share:

WhatsApp
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.

KARIB IMTIAZ

Artikel Lain

Majlis Kesyukuran Apresiasi SPM 2021 1

Majlis Apresiasi Kesyukuran SPM 2021

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pelajar-pelajar tingkatan 5 di Imtiaz Besut telah menamatkan Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun 2021 dengan jayanya. Kehadiran Presiden KARIB ke

masjid-nasiruddin-shah-karib-imtiaz-5

Masjid Kampung Raja

Masjid Nasiruddin Shah atau lebih dikenali sebagai Masjid Kampung Raja memainkan peranan yang besar kepada bekas pelajar Imtiaz besut sebelum pelajar2 di pindahkan ke pelagat

buku karib imtiaz

Jualan Buku IMTIAZ: Untold Story

The Origin, Conception, Planning, Development and Implementation of the First Ulul Albab Educational Programme: The Untold Story of Imtiaz Kota Putera, Besut, Terengganu. Umi Kalthom

KARIB Youtube Channel

Youtube Channel

Alhamdulillah. KARIB sekarang sudah ada channel di youtube sendiri. Nantikan kandungan baru di channel youtube kami. Jangan lupa like, share & subscribe! Boleh layari: https://www.youtube.com/channel/UCzFXgGUBQtwZKyfTptbwOWwuntuk