KARIB
Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut

KELAB ALUMNI DAN RAKAN IMTIAZ BESUT, TERENGGANU (KARIB)
telah ditubuhkan pada 31 Oktober 2020 hasil daripada inisiatif beberapa orang bekas pelajar yang ingin melihat hubungan silaturahim yang terbina di Imtiaz dapat diteruskan di masa akan datang. atau nama singkatannya KARIB ialah persatuan alumni untuk bekas pelajar.
Jawatankuasa Protem Persatuan telah ditubuhkan pada penghujung 2020. Sejak tahun pertama gagasan pelajar di Imtiaz pada tahun 1999, sudah 21 tahun Imtiaz bertapak di bumi Malaysia. Dari mendapatkan khidmat guru-guru dari sekolah luar, MRSM serta menggunakan makmal sekolah lain, Imtiaz kini telah ada di beberapa daerah di Terengganu dan juga di beberapa buah negeri.
Beberapa bekas pelajar Imtiaz besut mula berkumpul dan mulakan gerak langkah untuk menjadikan alumni ini satu realiti. “tokse kecek sajo” kata orang Besut. Maka, pada 2 Disember 2020, 5 orang bekas pelajar Imtiaz mulakan mesyuarat pertama melalui perkhidmatan Google Meet. Objektif, matlamat, pendaftaran terus dibincangkan.
Nama KARIB dipilih untuk Alumni Imtiaz Besut sebagai nama Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut. Ini bermaksud ada dua (2) jenis ahli yang diterima masuk dalam persatuan ini iaitu i) Alumni Imtiaz iaitu semua yang pernah belajar di SM Imtiaz Besut (walaupun menjadi pelajar selama satu hari) dan ii) Rakan Alumni Imtiaz iaitu semua yang pernah bertugas, berkhidmat, membantu Imtiaz Besut & mereka yang berminat untuk turut serta dalam menjayakan misi dan visi KARIB. Singkatan nama KARIB itu sendiri merujuk kepada “RAPAT” atau “AKRAB” adalah supaya semua ahli yang mendaftar mempunyai hubungan yang sangat baik sebagai satu keluarga.
Moto Persatuan:
Nama Rasmi:
KELAB ALUMNI DAN RAKAN IMTIAZ BESUT, TERENGGANU (KARIB)
No. Pendaftaran / R.O.S. registration no.:
(PPM-005-11-13122020)
Maklumat Akaun Bank.
Maybank Bhd: 563046336453
Alamat Persuratan:
No. 10, Kampung Balik Bukit, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu.
Email: karibimtiaz99@gmail.com
- Menyatupadukan bekas pelajar-pelajar & rakan-rakan Imtiaz Besut
- Memupuk semangat persahabatan dan persefahaman di kalangan ahli
- Memupuk perpaduan nasional serta mempertingkatkan hubungan persahabatan dan semangat kekitaan melalui progam-program pertubuhan
- Mengadakan pertandingan, kerjasama atau gabungan dengan pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama
- Mengambil bahagian dalam rancangan pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada ahli pertubuhan, masyarakat dan institusi
- Menjaga kebajikan am ahli-ahli
Itqan (bersungguh-sungguh)
Mahabbah (kasih sayang)
Taqwa (keimanan)
Istiqamah (amalan berterusan)
Akhlak (budi pekerti)
Zaamah (kepemimpinan)
`
CARTA ORGANISASI, KELAB ALUMNI DAN RAKAN IMTIAZ BESUT, TERENGGANU (KARIB)
