DERMA PKPD BESUT

Jom sama-sama menyumbang untuk membantu bersama #ProjekAmalKARIB menyediakan Pek Bekalan Makanan bagi meringankan beban mereka yang terjejas dalam tempoh PKPD di beberapa lokasi Mukim di Daerah Besut bermula pada 22 Mei 2021 – 4 Jun 2021.

KARIB adalah sebuah Persatuan Alumni Imtiaz Besut yang berdaftar dengan ROS dengan nama Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut (KARIB), No Pendaftaran : PPM-005-11-13122020.

Kerpeluan yang diperlukan :
1) Beras
2) Gula
3) Tepung
4) Susu
5) Minyak
6) Sardin
7) Maggi
8) Bihun
9) Kicap
10) Susu kanak-kanak
11) Pampers kanak-kanak

Terima kasih kami dahulukan.
#kitajagakita

Projek Darul Makmur

PROJEK DARUL MAKMUR

Jom sama-sama menyumbang untuk membantu bersama #ProjectDarulMakmur bagi meringankan beban mereka yang terjejas banjir di Pahang baru-baru ini.
Antara yang turut serta menyokong #ProjectDarulMakmur ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PPK Kuala Langat melalui Team Rocket Delivery, Zero Hunger (NGO), TMPL Backpackers, Seagull Logistics Sdn Bhd, Mc Donalds, Persatuan Sekampit Beras Satu Bulan Selangor (1KB1B) dan Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut (KARIB).

Tabung Bantuan Covid 19 karib alumni imtiaz

Tabung Bantuan
Covid 19

Tabung Bantuan Covid 19 – Kutipan akan disalurkan untuk bantuan kepada mereka yang memerlukan sepanjang tempoh Pandemik Covid-19 terutamanya golongan asnaf dan fakir miskin.

tabung bantuan pek makanan karib alumni imtiaz

Tabung Bantuan Pek Makanan

Tabung Bantuan Pek Makanan – Kutipan akan digunakan untuk pembungkusan pek makanan untuk agihan mereka yang memerlukan terutama dalam situasi-situasi kritikal seperti bencana alam dan kebakaran.

Tabung Pendidikan

Tabung Pendidikan – Kutipan akan digunakan untuk membantu keluarga yang mengahadapi masalah dalam pendidikan anak-anak terutamanya kepada keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai.