KORBAN PERDANA 2023

Alhamdulillah buat julung-julung kalinya pihak alumni menjayakan PROGRAM KORBAN PERDANA 2023 di Sek Men IMTIAZ Besut YT dengan kerjasama serta bantuan guru-guru dan staf-staf sekolah.

Acara yang diadakan sempena Bulan Aidil Adha (Raya Haji) pada tahun 2023 ini telah diadakan di dalam kawasan sekolah pada 8 hb Julai 2023 bersamaan dengan hari raya ketiga.

Acara yang berlangsung jam lebih kurang 8.30 pagi itu dihadiri oleh ramai kakitangan sekolah dan juga bekas-bekas pelajar Sek Men Imtiaz YT Besut. Sebanyak 3 ekor lembu akan di korbankan pada tarikh tersebut dan acara ini telah mendapat banyak sokongan serta bantuan samada dari sudut kewangan, sponsor, peralatan dan kudrat tenaga kerja.

Antara pihak samada alumni sekolah mengetuai syarikat tersebut atau berada di bahagian pengurusan syarikat ialah: Ekspress Perdana, Asia Travel, Asnar, Sujood, Tongkat Ali, Atostech Fiberglass, Homestay Aisyatul Khadijah, RAG, Tijarah Mini Market, Nadi RN, Aqwa Travel, Anaq Musang Enterprise dan banyak lagi.

Dengan kewujudan tiga ekor lembu dengan berat dalam linkungan 180kg – 290kg..alhamdullillah dengan pengalaman serta kepakaran pelbagai pihak lembu berjaya di sembelih dengna jayanya.

Untuk gambar-gambar serta video lebih sila ke pautan(link) berikut untuk menontonnya
: https://drive.google.com/drive/folders/18PGGiZURB_aBSNdwydUJkhBJjlcmvnDj?usp=drive_link

Insyallah tahun hadapan cuba buat lebih baik dan hebat lagi 🙂

Tamat
Logo KARIB V2.0

Logo KARIB

Idea logo KARIB merujuk kepada beberapa aspek yang sedikit sebanyak menggambarkan apa yang ada pada Imtiaz itu sendiri. Bermula dengan warna ‘Maroon’ yang digunakan pada logo sememangnya amat sinonim dengan [...]
Read more

Allahyarham Abdul Rahman

Kali terakhir jumpa adalah sebulan sebelum PKP, 15 Februari 2020 ketika menjemput beliau ke Majlis Apresiasi Kepimpinan Ulul Albab 2020 di Besut, Bumi Ulul Albab. Awal pagi ini dikhabarkan beliau [...]
Read more
Imtiaz-Ulul-Albab-ke-arah-Andalusia-2.0

Imtiaz & Ulul Albab ke arah Andalusia 2.0

Idea tertubuhnya Sek Men Imtiaz yang pertamanya di Besut, Terengganu pada tahun 1999 adalah dengan misi untuk mengembalikan Kegemilangan Islam Andalusia yang satu ketika dulu banyak melahirkan cendekiawan-cendekiawan hebat seperti [...]
Read more
Logo KARIB V2.0
KARIB ialah persatuan Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut bertujuan untuk membantu serta merapatkan lagi hubungan sesama bekas pelajar dan masyarakat.
KARIB ialah persatuan Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut bertujuan untuk membantu serta merapatkan lagi hubungan sesama bekas pelajar dan masyarakat.