Majlis Apresiasi Kesyukuran SPM 2021

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pelajar-pelajar tingkatan 5 di Imtiaz Besut telah menamatkan Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun 2021 dengan jayanya. Kehadiran Presiden KARIB ke majlis tersebut ternyata dapat menyaksikan kesyukuran yang telah timbul di mata para pengajar dan mereka yang telah bertungkus lumus mengemblengkan tenaga ke arah menjadikan pelajar-pelajar ke arah mereka yang telah diberi gelaran Ulul Albab.

Ustaz Azri (berbaju putih) bersama Presiden KARIB Raja Azman

Majlis yang telah berlangsung bermula jam 11.00 pagi hingga jam 2.00 petang yang bertempat di dewan SM Imtiaz Besut.

Ustaz Wan Zikri Wan Kamaruddin menyampaikan nasihat-nasihat beliau

Kehadiran bekas pengetua IMTIAZ pertama iaitu Ustaz Wan Zikri juga telah memeriahkan lagi suasana. Beliau sekarang ialah Pensyarah Kanan untuk Kolej Genius Insan di Universiti Islam Malaysia. Segala penat lelah, pengalaman dari penglibatan dan proses membangunkan serta memperelokkan IMTIAZ ternyata amat bermakna bagi semua yang hadir.

Pada sebelah pagi Ust Dr Wan Ahmad Zikri, Penasihat KARIB meluangkan masa memberikan sedikit perkongsian kepada guru-guru dan AKP SM Imtiaz Besut. Turut hadir pada slot tersebut YM Raja Azman bin Raja Kadir, Pengerusi KARIB serta En Zulhasnan, Guru Besar SRIDI sebagai wakil.

Antara objektif yang ingin dicapai melalui majlis ini adalah:

  1. Menghargai pencapaian dan penglibatan guru mata pelajaran SM Imtiaz YT Besut sepanjang program kecemerlangan SPM 2021
  2. Meningkatkan semangat dan motivasi kepada para guru untuk menggandakan usaha untuk menjadi lebih cemerlang
  3. Menyemarakkan hubungan silaturrahim antara semua guru pasukan SPM

Kehadiran wakil-wakil daripada KARIB memeriahkan lagi majlis dengan memberikan sokongan moral kepada bakal-bakal alumni yang telah menghabiskan sesi persekolahan di SM Imtiaz Besut.

Tamat

Buka akaun bank persatuan KARIB

Alhamdulilah pembukaan akaun bank KARIB telah selamat dijayakan oleh wakil2 KARIB di Maybank Jerteh. Akaun Maybank Islamic bernombor: 5630-4633-6453 akan digunakan oleh pihak KARIB bagi tujuan mengutip yuran pendaftaran, derma [...]
Read more

Buka akaun bank persatuan KARIB

Alhamdulilah pembukaan akaun bank KARIB telah selamat dijayakan oleh wakil2 KARIB di Maybank Jerteh. Akaun Maybank Islamic bernombor: 5630-4633-6453 akan digunakan oleh pihak KARIB bagi tujuan mengutip yuran pendaftaran, derma [...]
Read more
Logo KARIB V2.0
KARIB ialah persatuan Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut bertujuan untuk membantu serta merapatkan lagi hubungan sesama bekas pelajar dan masyarakat.
KARIB ialah persatuan Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut bertujuan untuk membantu serta merapatkan lagi hubungan sesama bekas pelajar dan masyarakat.