Masjid Nasiruddin Shah atau lebih dikenali sebagai Masjid Kampung Raja memainkan peranan yang besar kepada bekas pelajar Imtiaz besut sebelum pelajar2 di pindahkan ke pelagat dan kompleks Imtiaz besut baharu di Bukit Keluang. Di situlah pelajar2 Imtiaz belajar solat fardu berjemaah lima waktu, mendengar tazkirah selepas zohor di ruangan solat, jika ada krisis air…disitulah tempat penyelamatnya, gotong royong dan qiamullail.
Dan macam biasalah, lepas dah solat zohor, dah dengar tazkirah (Ustaz Wan Zikri selalunya ada sekali), akan ada lah yang tidur qailullah sekejap dan kemudian….terus zzz. Ada lah kadang2 Cikgu Rok (aka Cikgu Rokiah) datang mengejutkan kami pelajar2 yang sepatutnya hadir di dalam kelas sesi selepas zohor.
Alhamdulillah kini masjid tempat ratusan anak-anak Imtiaz mengenal serba-serbi tentang kehidupan, boleh menerima derma dengan aplkasi Sujood. Tabung Digital Masjid ini bertujuan untuk memudahkan orang menderma kepada masjid & surau lebih mudah.
Semoga derma kita, atas apa pon niat kita, di balas oleh Allah s.w.t dengan yang teramat baik.
Aplikasi Sujood
Website: https://sujood.net/
Link derma spesifik Masjid Nasiruddin Shah: https://masjidnasiruddinshah.sujood.net/
Page Facebook Sujood: https://www.facebook.com/sujoodappofficial
Instagram Account Sujood: https://instagram.com/sujoodapp
Youtube Sujood: https://www.youtube.com/channel/UCQnBftbE_cT0_YQtxu8Ne9A
.