SEJARAH IMTIAZ

Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut

Sejarah Konsep Ulul Albab Dalam Sistem Pendidikan Malaysia

DARIPADA SEBENAR-BENAR PENGALAMAN INDIVIDU YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DARI DULU SEHINGGA KINI

“SEMANGAT 1999 DIBAWA KE 2019”

20 tahun lepas.

10 Jan 1999:
Pertama kali kakiku berpijak di tapak tanah waqaf IMTIAZ Besut, bersama 7org kumpulan pertama pelajar sulung yg digelar Ashabul Kahfi.
Cetusan idea awal DS Idris Jusoh dgn konsep awalnya;
* Gabungan Program Quran & Kurikulum Akademik Sains Tulen,
* Penglibatan
ibubapa dan komuniti dlm program & aktiviti
* Sesi pengajaran & pembelajaran yg menyeronokkan.

2005:
Kurikulum pengajian IMTIAZ dijenamakan menjadi Pendidikan Ulul Albab, yg setakat ini, telah berkembang ke 30 pusat pendidikan, termasuk MRSM dan KPM.

Amat penting dlm memahami komponen Ulul Albab agar graduannya nanti akan dapat memenuhi tujuan utama penubuhannya;

1: QURANIK:
Menjadikan AlQuran sebagai sumber ilmu, berteraskan konsep Baca,Ingat,Faham,Fikir,Amal,Sebar (BIFFAS)

2:ENSAIKLOPEDIK:
Selain kepelbagaian ilmu/kemahiran(Multi Disciplinary), pelajar2 Ulul Albab adalah pelajar2 Sains Tulen yang mengikuti program Hafazan.
Pelajar2 juga digalakkan supaya belajar bahasa lain seperti Mandarin, Perancis, Jepun di samping Bahasa Arab & Inggeris ( Multi Lingual).

3: IJTIHADIK:
Perlunya pemikiran yang kreatif & innovatif di kalangan ummah dalam batasan ajaran Islam.
Perlunya pembaharuan pemikiran yang selaras dengan keperluan & teknologi semasa.

InshaAllah kita mampu melahirkan Muslim Cemerlang & Seimbang

IMTIAZ!!!!
Best School in the World🌏
Ulul Albab!!
Always The Best👍

Nukilan:
Ust Wan Zikri
Pengetua Imtiaz Pertama
Malam Jumaat
10 Jan 2019