SESI BRAINSTORMING MEMPERKASAKAN ALUMNI IMTIAZ BERSAMA PENGASAS IMTIAZ BESUT

Sempena Hari Raya Aidilfitri, satu Sesi Brainstorming dijalankan antara Alumni Imtiaz bersama sama dengan Pengasas Imtiaz Besut, Tan Sri Idris Jusoh dan Toh Puan Sri Hjh Che Kamariah Zakaria. Mewakili Alumni Imtiaz ialah YM Raja Azman Raja Kadir, Presiden Alumni Imtiaz serta En Amin Idris, Timbalan Presiden Alumni Imtiaz.

Pesanan dan harapan daripada Pengasas Imtiaz dan Ulul Albab Malaysia yang cukup bersemangat dalam memastikan Imtiaz Besut terus menggapai kecemerlangan.

Salah satunya adalah dengan memperkasakan Alumni Imtiaz. In sha Allah kita para Alumni Imtiaz akan sentiasa bersatu padu mengumpul dana bagi membantu pihak Sekolah Imtiaz Besut.

Melalui data sekolah, Alumni Imtiaz Besut sudah mencecah 2000 orang. Jika diambil hanya RM100 yang disumbangkan oleh seorang Alumni Imtiaz sudah cukup untuk mengumpul dana sebanyak RM200,000.00. Ini secara matematiknya.

Cabaran yang diberikan oleh Tan Sri adalah hanya separuh daripada amaun tersebut iaitu RM100,000.00 bermula dari sekarang sehingga Hari Raya Aidiladha. Mana-mana Alumni Imtiaz yang ingin menyumbang dalam sebarang jumlah dengan minimum RM50, kita kumpulkan mengikut batch bermula dari sekarang. In sha Allah, segalanya tidak mustahil.

Jom semua para Alumni Imtiaz Besut, kita tunjukkan kecintaan kita kepada Sekolah Imtiaz Besut yang kita cintai. Kita akan wujudkan Sekteratiat Pengumpul Dana Alumni Imtiaz mengikut batch. In sha Allah…semoga Allah SWT memudahkan urusan kita semua in sha Allah.

Share:

WhatsApp
Facebook
Twitter

Share:

WhatsApp
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KARIB IMTIAZ

Artikel Lain