surau-ajwad-al-ajyad-imtiaz-yt-besut-sujood

Surau Ajwad Al-Ajyad, Imtiaz YT Besut x KARIB x Sujood

Bersempena dengan bulan Ramadan kali ini pihak KARIB bekerjasama dengan apps Sujood dan Sek Men IMTIAZ YT Besut untuk membantu memudahkan pendermaan kepada pembelian karpet baharu bagi Surau Ajwad Al-Ajyad yang terletak di sana.

Karpet Surau Ajwad Al-Ajyad di Sek Men Imtiaz YT Besut sudah amat daif. Surau yang pernah menjadi johan bagi anugerah surau imarah sekolah kategori sekolah menengah dibelenggu terutama dengan kemerosotan karpet surau.

Dengan anggaran sebanyak RM 50,000.00 untuk keluasan ruang solat surau sekitar 5944 kaki persegi.

Dengan kemasukan pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2023 baru-baru ini dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami mengharapkan yang jumlah yang diperlukan akan dipenuhi. Derma boleh berlaku samada dari siapa-siapa sahaja. bekas pelajar, bekas guru atau mana-mana orang awam yang ingin menderma kepada amal yang mulia ini.

Ayuh kita menderma bagi menyediakan ruang solat yang lebih baik kepada pelajar2 di Sek Men IMTIAZ YT Besut dan agar amal kita ini dijadikan bukti keimanan kita sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W.:

“Sedekah adalah bukti.” (HR. Muslim no.223)

bukti disini ialah kebenaran imannya. Semoga kita dapat membuktikan kebenaran iman kita dengan bersedekah.

Derma kepada Surau Ajwad Al-Ajyad, Imtiaz YT Besut dengan menekan link berikut;

???? : https://surauajwadalajyadimtiazytbesut.sujood.net
???? : https://surauajwadalajyadimtiazytbesut.sujood.net
???? : https://surauajwadalajyadimtiazytbesut.sujood.net

Jazaakumullahu khairan kathiira. Moga2 sedekah kita ini membezakan Ramadan kita pada kali ini dengan sedekah di bulan yang lain, menghapuskan dosa-dosa kita dan memberkati segala rezeki yang telah Allah S.W.T. kurniakan kepada kita.

Tamat

Jualan Buku IMTIAZ: Untold Story

The Origin, Conception, Planning, Development and Implementation of the First Ulul Albab Educational Programme: The Untold Story of Imtiaz Kota Putera, Besut, Terengganu. Umi Kalthom Abdul Manaf, PhDZuraidah Abdul Manaf, [...]
Read more

Projek Darul Makmur

Jom sama-sama menyumbang untuk membantu bersama #ProjectDarulMakmur bagi meringankan beban mereka yang terjejas banjir di Pahang baru-baru ini.Antara yang turut serta menyokong #ProjectDarulMakmur ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PPK Kuala [...]
Read more
Logo KARIB V2.0
KARIB ialah persatuan Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut bertujuan untuk membantu serta merapatkan lagi hubungan sesama bekas pelajar dan masyarakat.
KARIB ialah persatuan Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut bertujuan untuk membantu serta merapatkan lagi hubungan sesama bekas pelajar dan masyarakat.